Ucapan Tan Sri Abdullah Bin Mohd. Salleh semasa Pelancaran Bangunan Dewan Baru Sekolah Tinggi Melaka

Saya bersyukur kepada Allah S.W.T. yang telah mengizinkan kita semua berkumpul di sini untuk menyaksikan satu peristiwa yang bersejarah iaitu pelancaran Bangunan Dewan Baru Sekolah ini.

Apabila saya dipilih sebagai Yang Dipertua Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Tinggi Melaka Wilayah Perseketuan/Selangor dalam tahun 1977, satu projek yang telah dilancarkan ialah untuk mengutip derma untuk membina sebuah Dewan Baru bagi sekolah ini. Pada ketika itu saya telah diberitahu bahawa saudara-saudara murid-murid tua di Melaka telahpun memulakan kutipan derma ini dan kami di Kuala Lumpur telah berazam bekerjasama dalam menjalankan kutipan ini.

Perkara yang mendorongkan kami di Kuala Lumpur untuk menjayakan projek ini ialah kerana kami diberitahu bahawa Sekolah ini yang dianggap sebagai sebuah sekolah yang tertua di negara ini yang sangat-sangat kami banggakan tidak mempunyai sebuah dewan lagi kerana dewan sekolah lain untuk menjalankan satu-satu keraian. Keadaan yang demikian sangat-sangat memalukan dan saya berpendapat murid-murid tua, terutama yang telah berjaya dalam kehidupan mereka tidak seharusnya berdiam diri dengan tidak berbuat sesuatu.

Saudara-saudara sekelian,

Kita sebagai seorang murid tua tidak seharusnya melupakan faedah-faedah yang kita telah nikmati semasa bersekolah di sini dahulu. Beranilah saya menyatakan bahawa masa depan kita semua telah mula direka di Sekolah ini dan dalam apa-apa kejayaan yang kita telah capai itu peranan Sekolah tidaklah dapat kita nafikan.

Oleh yang demikian pembinaan dewan ini boleh dianggap sebagai satu tanda penghargaan oleh murid-murid tua sekelian terhadap jasa-jasa yang telah diberikan oleh Malacca High School. The Hall is to me the most valuable and lasting contribution that we old boys could give to the school and it would stand here as a monument of our gratitude to our Alma Mater.

Dewan ini juga akan menunjukkan hasil kerjasama yang dicapai oleh murid-murid tua. Selain daripada bantuan kewangan sebanyak $150,000 yang telah diperolehi dari Kementerian Pelajaran, pembiayaan yang lebihnya dan pengurusan pembinaan adalah dijalankan oleh murid-murid tua sendiri. Murid-murid tua yang berada di Melaka dan di Kuala Lumpur telah bekerjasama dan bekerja kuat untuk memungut wang yang mencukupi bagi projek ini. Mengikut tender dan kerja-kerja lain yang perlu adalah diramalkan projek ini akan mamakan belanja hampir $570,000. Termasuk bantuan kerajaan, $420,000 telahpun dikumpulkan dan dengan yang demikian projek ini akan memerlukan lagi sebanyak $150,000 yang kami telah bersetuju membahagikan tanggungjawab memungut di antara murid-murid tua di Melaka dan murid-murid tua di Kuala Lumpur atas kadar 50-50. Dengan kerjasama dan semangat cintakan Alma Mater dari murid-murid tua sekelian, saya percaya jumlah yang diperlukan itu akan boleh didapati. Oleh itu saya berseru kepada semua murid-murid tua sekelian untuk menghulurkan derma untuk menjadikan impian kita itu kepada satu kenyataan.

Dalam pembinaan dewan ini, seorang murid tua, Encik Lee Min Yang dari Kota Akitek telah menawarkan perkhidmatannya sebagai Akitek Consultant. Apabila tender dikeluarkan, seorang murid tua, Encik Tan Boon Ping dari Syarikat Tan Guan Huat Construction telah menawarkan tawaran yang terendah dan setelah berunding dengan ahli-ahli jawatankuasa projek, ia telah bersetuju mengurangkan lagi tawarannya mengikut semangat tolak ansur yang diharapkan dari seorang murid tua.

Dalam menjalankan projek yang besar seperti ini, sudah tentu kita menghadapi berbagai-bagai masalah selain daripada masalah kewangan. Tetapi saya sukacita menyatakan di sini bahawa kami telah mendapat bantuan dan kerjasama dari semua pihak. Saya mengambil peluang di sini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua penderma yang sangat ramai bilangannya yang saya tak dapat sebutkan satu persatu dalam majlis ini. Walau bagaimanapun nama-nama mereka yang menderma lebih dari $200/- akan disenaraikan dalam satu papan peringatan di Dewan ini kelak. Saya suka juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Lee Min Yang dari Kota Akitek, Encik Y. Wong & Sekutu, Encik C.J. Neo & Sekutu, Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Melaka, Jabatan Kerja Raya Melaka, Majlis Perbandaran Melaka dan sesiapa atau apa saja badan yang telah memberi pertolongan kepada projek ini. Akhirnya kepada ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Murid-murid Tua di Melaka dan di Kuala Lumpur, Pengerusi dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kewangan dari Persatuan Murid-murid Tua di Kuala Lumpur, dan kepada Guru Besar, Encik Chan YT, yang telah memberi khidmat yang berharga untuk menjayakan projek ini.

Dengan ini saya dengan sukacitanya, melancarkan pembinaan Dewan Baru Sekolah ini, moga-moga sumbangan dari murid-murid tua ini akan menjadi lambang tanda terima kasih murid-murid tua semua kepada Alma Mater dan diharap jejak langkah itu akan diikuti pula oleh jenerasi-jenarasi yang akan datang.

Terima Kasih.

Page 53 Optimist 1979

This entry was posted in Optimist, Sekolah Tinggi Melaka and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s