The Scout Promise

On my honour I promise that I will do my best

To do my duty to God and the Raja

To help other people at all times

And to obey the Scout Law.

Bagi tahun 1978 ini pasukan pengakap di sekolah ini telah banyak memberikan sumbangan khidmat sukarela dalam sukan di peringkat sekolah dan negeri.

Pasukan ini juga telah menjalankan projek Rancangan Buku Hijau. Dalam pertandingan Rancangan Buku Hijau Sekolah-Sekolah Negeri Melaka Tahun 1978, pasukan ini mewakili sekolah telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tapak semaian, pertama dalam bahagian sayoran daun, kedua dalam bahagian kekacang dan ketiga dalam bahagian isi. Koperatif Pengakap yang telah berjalan lancar telah mendapat keuntungan dari hasil jualan berbagai-bagai barangan keperluan harian terutama untuk murid-murid yang tinggal di asrama. Hasil keuntungan inilah dapat menampung perbelangaan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pergerakan ini.

Pasukan pengakap sekolah ini telah menghantar ahli-ahlinya menyertai Jambori Pengakap. Tahun 1977 dahulu seramai 6 orang telah berpeluang menghadiri Jambori Nasional Indonesia di Medan, Indonesia dan pada tahun ini (1978) seramai 7 orang pengakap dari sekolah ini telah menghadiri Jambori Pengakap Malaysia ke 4 di Kuching, Sarawak dari 24hb. Julai hingga 31hb. Julai, 1978.

Kejayaan pasukan pengakap-pengakap sekolah ini diperolehi kerana mendapat kerjasama dari semua lapisan iaitu dari tuan Pengetua yang sentiasa memberi galakan dan nasihat hinggalah kepada guru-guru serta pengakap-pengakap sekalian.

Disusun oleh Pemimpin Kumpulan.

Abd. Kader

Page 73 Optimist 1978

This entry was posted in Optimist, Sekolah Tinggi Melaka and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s