Ucapan Tan Sri Abdullah B Mohd Salleh selaku President MAHSOPA 1978/79

Terlebih dahulu saya suka mengucapkan ribuan kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Chong Hon Nyan dan Puan Sri Chong yang telah sudi melapangkan masa untuk bersama-sama kita menyerikan Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Murid-Murid Tua Sekolah Tinggi Melaka (Wilayah Persekutuan/Selangor) pada malam ini sungguhpun beliau sibuk dengan urusan-urusan beliau yang lain.

Saya juga suka mengalu-alukan kehadiran saudara-saudari sekalian terutama Saudara Chan YT, Guru Besar Sekolah Tinggi Melaka dan tetamu-tetamu yang telah datang dari Melaka, dan mengucapkan terima kasih atas sokongan-sokongan yang saudara-saudari berikan untuk menjayakan majlis kita pada malam ini.

Sebagaimana yang saudara-saudari maklum, hampir dua tahun dahulu sekumpulan daripada murid-murid tua di Kuala Lumpur, telah mengadakan perjumpaan dan bersetuju untuk menubuhkan Persatuan Murid-murid Tua di Wilayah Persekutuan/Selangor ini. Saya menganggap initiatif yang telah diambil oleh saudara-saudari yang kebanyakannya ada bersama-sama pada malam ini, adalah satu tindakan yang amat membanggakan kerana dengan initiatif ini bukan sahaja telah membolehkan kita mengadakan perjumpaan sebagaimana yang kita adakan pada malam ini, bahkan yang lebih penting ialah telah dapat merapatkan semula murid-murid tua dengan Alma Mater kita yang kita semua sangat-sangat terhutang budi. Sebelum daripada itu sungguhpun kita mengetahui ada ramai murid-murid tua di Kuala Lumpur ini, kita hanya mengenali rakan-rakan dari vintage yang sama, tetapi dengan penubuhan Persatuan ini, telah mengumpulkan kita semula dan membolehkan kita membaharui semula persahabatan yang dijalinkan di bangku sekolah dahulu dan memberi peluang kepada kita berkenalan dengan sahabat-sahabat yang baru.

Saudara-saudari sekalian,

Our Association is not even two years old, but I am happy to state that during this short period of our existence, we have made a very steady progress. Our membership has now increased to 157. Although we have been able to recruit many new members this year, I am sure there are many more of our old boys and girls in the Wilayah Persekutuan and Selangor whom we have not yet been able to drag into the Association either because of our deficiency in our recruitment campaign or just because the ‘tidak apa’ attitude of the old boys themselves.

However, we should try harder to bring in more members and it would be the responsibility of every member to try and persuade his friends to join the Association. It is my hope to built a strong and active Association of our old boys here in Wilayah Persekutuan and Selangor as I am certain the big concentration of old boys particularly in the Federal Capital could give their cooperation and support.

I am sure all of you who are here tonight will agree with me that we owe a great deal to the School for our post-school achievements that lead us to what we are today and it is only proper that we should try to do something for the school as a show of our gratitude to our Alma Mater.

I am glad to say that for a start, the Association has given financial assistance to three students of the school to pay their MCE examination fees this year. It is hoped that the Association could extend this sort of assistance to many more needy students if we could collect more funds for the purpose. Another project that is now in hand is the collection of funds for the school hall project. It is rather shameful that a premier school like High School is without a proper school hall and has to borrow the hall of other school for some of the functions. Well wishers of the school have already contributed more than $100,000 for the project and we need at least another $100,000 before the project can materialise. The Association in Kuala Lumpur has agreed to participate in this project. It is a big and ambitious one and needs real hard work from every member in Kuala Lumpur, and I take this opportunity to appeal to you all to give us your assistance. Among our old boys there are surely architects, engineers, building contractors, suppliers of building materials and financiers and if all could join up, I am sure we could put up the Hall at the cheapest price. The hall is to me the most valuable and lasting contribution that the Association could give to the School.

Saudara-saudari sekalian,

Pengalaman yang kita semua alami di sekolah sudah tentu menjadi bualan di antara saudara dan saudari dalam majlis kita malam ini. Inilah masanya untuk mengenang semula ‘your exploits, adventures and achievements’ dengan ingatan yang manis dan kebanggaan. Dengan kenangan-kenangan manis itu sudah tentu akan merapatkan kita semula dengan Alma Mater kita yang kita kasihi. Saya harap sambil berbual-bual dan menari apabila majlis tarian dimulakan kelak, saudara-saudari akan dapat menghiburkan hati dan melupakan buat sementara waktu problem yang merunsingkan kepala kita hari-hari.

Saudara-saudari sekalian,

Untuk menjayakan majlis malam ini, satu Jawatankuasa yang diketuai oleh Dr. Paul, telah bekerja kuat dengan ahli-ahli Jawatankuasanya. Selain daripada sokongan tenaga, Persatuan juga telah banyak menerima bantuan yang merupakan barang-barang yang dijadikan hadiah dalam raffles yang akan dijalankan sedikit masa lagi. Hadiah-hadiah dan penderma-penderma itu adalah sebagaimana saya sebutkan ini.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Paul dan ahli-ahli Jawatankuasanya serta semua penderma-penderma dan sesiapa juga yang telah menyumbangkan apa sahaja sekalipun untuk menjayakan majlis kita pada malam ini. Sesuai dengan kebudayaan orang-orang Melaka, saya akhiri ucapan saya dengan menyampaikan beberapa rangkap pantun sempena dengan majlis kita pada malam ini.

Ayohai saudara-saudari yang mulia;
Kita berkumpurl di sini bersukaria;
Sambil mengenang dan mengingat semula
Aktiviti-aktiviti yang silam di Alma Mater.

Lee Chin Lin, Pakiri Samy, K.T. Joseph
sebahagian darinya;
Guru-guru yand dedikasi, mesra dan dipandang mulia;
Kata-kata “You Shoo Bulan Tujuh” dan look here”;
Hingga hujung hayat tak mungkin dilupa.

Moktar Daud, Kim Seng, David Tambyah;
Di antara 88 orang murid-murid tua;
Persatuan ditubuhkan untuk menyatu semula
Murid-murid High School yang tua dan muda

Berkat didikan banyak dah berjaya,
Ada yang berpangkat dan ada yang kaya raya
Sampailah masanya bagi Murid Tua semua;
Memikir bagaimana hendak membalas jasa.

Sekolah besar tidak berdewan;
Bila nak guna pinjam di jiran;
Alangkah ini sangat mendukacitakan;
Murid tua semua tak harus membiarkan.

Sebuah dewan sedang dirancang;
Membinanya tentu memerlukan wang;
Akitek: Engineer Murid tua tak kurang;
Semua bersatu membantu tulang.

Kepada saudara-saudari sekalian;
Saya berseru mendapat bantuan;
Tidak kira apa sahaja sumbangan;
Asalkan dewan dibena dan disiapkan.

Kepada Guru Besar kamu berjanji;
Segala usaha sedang dikaji
Dewan besar tumpuan kami.
Untuk anak-anak selesa mengaji.

Ucapan ini di sampaikan di Majlis Tahunan Persatuan, bertempat di Harlequin, Hotel Merlin, pada 26hb. November, 1977 jam 7.30 malam.

YB. Tan Sri Datuk Abdullah Salleh
(former Chief Secretary of the Government)

Page 12 Optimist 1978

This entry was posted in Optimist, Sekolah Tinggi Melaka and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s