Pancaragam Sekolah Tinggi Melaka

Pasukan Pancaragam Sekolah Tinggi Melaka telah memulakan aktivitnya pada awal penggal pertama 1977. Walaupun ramai ahli-ahli lamanya telah meninggalkan pasukan ini, namun kegiatannya berjalan dengan cergas kerana sambutan dari ahli-ahli baru sungguh menggalakkan. Setiap latihan pada penggal pertama ini telah dipenuhi dengan mengajar ahli-ahli baru iaitu pada setiap hari.

Bahagian Brass Pasukan ini telah diperlengkapkan lagi dengan menambah alat-alat baru seperti trumpet dan trombone bagi menggantikan alat-alat lama yang rosak. Kamu juga telah menerima seorang guru muzik baru, Encik Neo, tetapi beliau telah digantikan oleh Cikgu Abdul Hamid. Walaupun usaha-usaha untuk memperlengkapkan pasukan ini telah dijalankan, namun pada tahun ini, pasukan pancaragam sekolah ini tidak dapat menurunkan bahagian bag-pipenya.

Pasukan pancaragam sekolah ini telah diundang untuk bermain di rumah Datuk Tamby Chik dan ini merupakan pertunjukan sulung pasukan ini pada tahun ini. Disamping itu, pasukan ini juga telah menunjukkan permainannya pada Hari Sukan Tahunan Sekolah, Hari Pameran Sains, Hari Ucapan dan juga telah diberi penghormatan untuk bermain pada Hari Ulangtahun TYT Yang DiPertua Negeri Melaka.

Pesta Pancaragam juga telah diadakan pada tahun ini, dan Pasukan Pancaragam Sekolah ini telah menunjukkan permainan yang sungguh baik. Kejayaan yang gemilang telah dicapai oleh pasukan ini apabila berjaya merebut keenam-enam piala rebutan iaitu Drum Major Terbaik, Formation Terbaik, Uniform Terbaik, Muzik Terbaik, Kawat Terbaik dan pasukan Pancaragam terbaik bagi kesuluruhannya. Ini telah melayakkan pasukan ini menyandang gelaran “Pancaragam Terbaik” bagi seluruh negeri Melaka.

Page 98 Optimist 1977

This entry was posted in Optimist, Sekolah Tinggi Melaka and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s