Persatuan Bahasa Malaysia

Persatuan ini merupakan salah satu persatuan yang tertua dan paling aktif di Sekolah Tinggi Melaka.

Sejak penubuhannya, berbagai aktivit telah dijalankan dengan matlamat menambahkan pengetahuan dalam bidang bahasa di samping mengeratkan tali silaturrahim diantara penuntut-penuntut menengah atas dan bawah.

Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah peraduan-peraduan berbahasa, kuiz, syarahan dan mengarang. Di samping itu, seksi ugama telah ditugaskan menjalankan acara-acara ceramah ugama dan beberapa penceramah telah diundang untuk menjayakan rancangan tersebut. Seksi ugama juga telah berjaya mengubahsuai bangunan asrama lama menjadi sebuah Surau Sekolah Tinggi Melaka.

Seksi bimbingan pula telah mengadakan kelas bimbingan bagi penuntut-penuntut Tingkatan 3 pada tahun 1976 di bawah bimbingan penuntut-penuntut Tingkatan 6 Rendah Sains. Pada 1977 pula, seksi bimbingan telah membantu murid-murid tingkatan 6 dalam matapelajaran Kertas Am dan Ekonomi di bawah kelolaan Cikgu Bahrin Indin. Begitu juga bagi penuntut-penuntut Tingkatan 3, mereka diberi bimbingan oleh penuntut Tingkatan 6 Rendah Sains 1977.

Pada penggal ketiga tahun 1976, persatuan ini telah mengisi tabung kewangan persatuan ini dengan menjual kad-kad Hari Raya.

Di samping itu, persatuan ini juga terlibat dalam pameran menyambut Hari Ulangtahun ke 150 Sekolah Tinggi Melaka.

Pendekkata, berbagai aktiviti telah dijalankan dengan penuh kejayaan dan diharap persatuan ini akan terus bergerak maju pada masa-masa yang akan datang.

Akhir kata, Persatuan Bahasa Malaysia ingin mencurahkan penghargaan yang tidak terhingga kepada guru-guru penasihat yang telah menjadi tulang belakang persatuan ini bagi menjayakan persatuan ini.

Page 86 Optimist 1977

This entry was posted in Optimist, Sekolah Tinggi Melaka and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s