PERUTUSAN DARI PENGETUA

Setahun sudah berlalu dan dengan rahmat Tuhan, Bendera Sekolah masih berkibar dengan megahnya. Kita memang bertuah kerana sanggup mengekalkan taraf kita baik dalam bidang akademik mahupun sukan. Usaha untuk mencapai matlamat tersebut bukanlah seperkara yang mudah. Ini memerlukan kerjasama yang rapat daripada semua pihak – kamu, sebagai murid-murid sekolah ini, guru-guru, pekerja-pekerja pejabat dan lain pekerja-pekerja termasuk tukang-tukang kebun yang telah menjaga kawasan sekolah agar sentiasa bersih dan kemas.

Kepada murid-murid sekalian, saya bertujuan untuk menyampaikan sepatah dua nasihat pada tahun ini. Ini adalah kerana seluruh sistem sekolah kita bertujuan untuk melengkapkan anda dengan segala kemudahan yang unggul. Kita mempunyai guru-guru yang cekap untuk membekalkam ilmu kepada kamu, dan beranika jenis permainan telah disediakan untuk membentuk kehandalan individu anda. Berbilang persatuan-persatuan dan kelab-kelab termasuk dua perpustakaan baik yang lengkap dengan buku-buku bacaan untuk mengisi masa lapang anda, sedia ada. Kebun sekolah sedia terbuka kepada mereka yang cendurung dalam bidang Sains Pertanian manakala Koir Sekolah serta Pancaragam Kadet memberi kesempatan kepada mereka yang berminat dalam muzik dan bermain alat-alat muzik. Kesemua kemudahan-kemudahan tersebut disediakan demi untuk mencapai salah satu matlamat pokok pendidikan yakin menyediakan pelajaran yang sempurna kepada anda.

Namun demikian, pada pandangan saya, pelajaran yang sempurna semat-mata tidak mencukupi dan tidak dapat menjamin masa depan yang cerah bagi anda. Anda harus belajar dengan bersungguh-sungguh dalam persaingan sesama rakan-rakan anda untuk mendapat tempat di institusi-institusi pelajaran tinggi. Ini bukanlah seperkara yang mudah melainkan anda hendaklah meluangkan masa yang lebih terhadap pelajaran anda, berusaha dengan tekun dan gigih dan mengorbankan segala keseronokan-kesoronokan. Cara ini, anda juga tidak akan terpesong oleh masaalah sosial yang paling rumit pada dewasa ini yakni masaalah ketagihan dan penyalahgunaan dadah. Ibubapa and cuma dapat memainkan peranan yang terhad dan anda sendiri terpaksa membuat beberapa pengorbanan demi untuk kepentingan sendiri. Walaupun ibubapa anda dapat menyediakan segala keperluan-keperluan anda sekarang namun anda sendiri yang harus memikul tanggungjawab dalam hal-hal mengenai tingkahlaku, kelakuan yang baik dan pelajaran anda. Satu ciri sekolah kita yang terpuji ialah ia menanam sifat-sifat dan kebolehan memimpin dan mengorganisasikan sesuatu dalam sanubari anda. Anda tak seharusnya menjadi seorang pendiam tetapi menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh sekolah untuk membentuk potensi anda.

Peperiksaan akhir tahun ini menjelang dan saya berharap anda sekelian akan mencapai keputusan yang cemerlang.

Semoga Tuhan merahmati usaha anda sekalian.

Pengetua MHS

Converting Hard Copy to Soft Copy: Page 5 Optimist 1977

This entry was posted in Optimist, Sekolah Tinggi Melaka and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s