KATA-KATA ALUAN DARI PENGARAH PELAJARAN NEGERI MELAKA

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak guru-guru dan murid-murid Sekolah Tinggi Melaka kerana telah sudi menjemput saya memberikan sepatah dua kata untuk dimuatkan di dalam majallah tahunan ‘The Optimist’ keluaran yang ke 56.

Tahun 1976 ialah tahun yang bersejarah bagi Sekolah Tinggi Melaka. Pada tahun itu Sekolah Tinggi Melaka merayakan hari ulangtahun ke 150. Sepanjang hayatnya sekolah ini telah berjaya mengeluarkan ramai orang-orang kenamaan dan mereka ini memberi khidmat yang cemerlang dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan lain-lain.

Sekolah ini mempunyai berbagai-bagai kemudahan dan murid-muridnya yang terpilih. Ditambah dengan tradisi yang sedia ada serta rekod yang baik tidak ada sebab mengapa kejayaan yang cemerlang tidak boleh dicapai dalam lapangan akademik, sukan dan kegiatan-kegiatan luar. Oleh yang demikain saya menyeru kepada semua murid di sekolah ini menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan itu dengan sepenuhnya. Jika tidak wang yang dibelanjakan akan menjadi sia-sia sahaja.

Murid-murid mestilah sanggup berkorban untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Mereka haruslah datang ke sekolah di sebelah petang bertelaah atau berbincang dengan rakan-rakan sedarjah, mereka juga patut melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan luar seperti pasukan beruniform atau bersukan.

Saya menyeru semua pihak di sekolah ini – pengetua, guru-guru dan murid-murid serta ibubapa akan berganding bahu memajukan sekolah ini seperti apa yang diharapkan. Saya percaya dan yakin bahawa sesuatu yang diusahakan dengan semangat yang gigih serta tekad yang positif boleh menghasilkan sesuatu yang menguntungkan serta memberi kepuasan hati yang berkekalan.

Mahpor bin Baba
Pengarah Pelajaran Melaka
1977

Converting Hard Copy to Soft Copy: Page 6 Optimist 1977

This entry was posted in Optimist, Sekolah Tinggi Melaka and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s