Perutusan Dari Yang DiPertua Persatuan Murid-Murid Tua

Saya rasa amat besar hati untuk menyampaikan sepatah dua kata sempena Perayaan Ulangtahun Ke 150 bagi Sekolah Tinggi Melaka supaya dapat dimuatkan dalam buku cenderamata. Saya makin bangga kerana inilah kali pertama saya berkesempatan bersua dengan Pengetua, Guru-guru, serta pelajar-pelajar sekolah dilembaran ini selaku Yang diPertua Persatuan Murid-Murid Tua.

Saya yakin bahawa harus ada perhubungan dan pertalian yang erat antara murid-murid sekarang dan muurid-murid tua untuk menguatkan lagi rasa taatsetia kepada sekolah.

Memang tidak dapat disangsikan lagi bahawa sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang sungguh produktif kepada nusa dan bangsa kita. Ini dapat diukur memndang kepada bekas murid-murid kita yang kini memegang jawatan-jawatan yang tinggi baik disektor kerajaan mahupun sektor swasta.

Selama 150 tahun Sekolah Tinggi Melaka telah memainkan peranannya sebagai iby yang taat. Ia bukan sahaja telah melahirkan generasi pelajar yang berkelibar malah telah mendidik dan membesarkan mereka hingga menjadi rakyat yang berguna kepada negara selaras dengan aspirasi dan matlamat pendidikan umumnya.

Di saat kita membanggakan atas kelahiran generasi pelajar semacam ini janganlah kita lupakan tugas-tugas murni kaum guru Sekolah Tinggi Melaka dalam mencorak dan membentuk kaum pelajar ini yang kini sedang mewarnakan masyarakat kita.

Harus ditekankan disini bahawa bekas pelajar-pelajar sekolah ini hendaklah juga sekali-sekala balik ke pangkuan ibu pertiwinya.

Ini hanya dapaat dicapai kiranya bekas-bekas pelajar kami ini menganggotai Persatuan Murid-Murid tua untuk mengekalkan kasih mesra dengan sekolah pula.

Persatuan ini telah dibentuk dalam tahun 1921 dan dalam masa setengah abad ini ia telah tetap menyumbangkan derma baktinya kearah menegakkan cita-cita dan matlamatnya agar identiti sekolah ini sentiasa terpelihara. Kegiatan-kegiatan Persatuan ini tidak terbatas di Melaka sahaja malah telah menjalar ke Singapura dan Kuala Lumpur. Ini adalah satu tanda yang baik dan adalah diharapkan semoga murid-murid Sekolah Tinggi Melaka sekarang akan menyahut seruan ibu pertiwi mereka dan tampil ke hadapan untuk menjadi anggota-anggota Persatuan ini dan bergerak cergas dalam semua lapangan sesuai dengan amanat “Meliora Hic Sequamur”.

Chia Pek Leong

1976

Converting Hard Copy to Soft Copy: Page 11 Optimist 1976

This entry was posted in 150th, Optimist, Sekolah Tinggi Melaka and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s