Perutusan Daripada Pengetua Pada Tahun Ke 150 Sekolah Tinggi

Sekolah Tinggi Melaka telah berjaya mencipta tradisinya yang cemerlang semenjak dari tarikh kelahirannya pada tahun 1826, dan telah berjaya mencipta kegemilangannya dalam bidang sukan dan lapangan akademik. Adalah amat menggembirakan bahawa sekolah ini masih berterusan memberi perkhidmatannya dengan penuh kebanggaan dan kejujuran kepada sesiapa jug yang datang kepadanya, tanpa mengira jantina, bangsa, ugama dan kedudukan sosial.

Dari semenjak pembukaannya yang sebegitu sederhana pada tahun 1826, dengan hanya seramai 18 orang murid, di bawah tadbiran seorang gurubesar dan dijalankan dengan sistem monitorial, Sekolah Tinggi Melaka telah berkembang menjadi sebuah institusi pendidikan yang berperlakuan yang saksama dan penuh dengan kerjasama dan persefahaman. Murid-murid, guru-guru dan kakitangan selain daripada tenaga pengajar ‘pergi’ dan ‘berganti’ tetapi tiap-tiap seorang darinya telah menambahkan cahaya kegemilangan kepada tradisinya yang sebegitu cemerlang.

Tahun ini, Sekolah ini menyambut Ulangtahun usianya yang ke 150. Untuk memperingati peristiwa ini dengan secara sederhana, sekolah ini telah menerbitkan majallah cenderamata sambutannya yang menjadi sebagai pertanda dalam sejarah sekolah ini.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Sidang Redaksi terhadap usaha mereka yang tidak mengenal penat dan pengorbanan yang tidak terhingga untuk menjayakan penerbitan majallah ini.

Meliora Hic Sequamur.

Chan Ying Tat

1976

Converting Hard Copy to Soft Copy: Page 10 Optimist 1976

This entry was posted in 150th, Optimist, Sekolah Tinggi Melaka and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s