Kata-Kata Aluan Pengarah Pelajaran Negeri Untuk 150 Tahun Sekolah Tinggi

Terlebeh dahalu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Sidang Redaksi Majallah ‘OPTIMIST’ kerana telah sudi menjemput saya menulis sepatah dua kata-kata aluan untuk dimuatkan dalam majallah tersebut.

Sekolah Tinggi Melaka tidak syak lagi merupakan sebuah sekolah menengah yang tertua dan terbesar di negeri Melaka. Ianya juga adalah di antara institusi-institusi yang terkemuka di negara kita dan telah mengeluarkan orang-orang kenamaan yang ramai di sepanjang sejarahnya yang gilang gemilang.

Sekolah ini mempunyai kebanyakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk pelajaran di peringkat sekolah menengah. Saya berharap penuntut-penuntut di sekolah ini pada masa sekarang akan menggunakan kemudahan-kemudahan yang terdapat itu dengan sepenuh-penuhnya supaya mereka akan dapat memberi sumbangan yang lebih baik kepada masyarakat pada masa hadapan. Penuntut-penuntut juga harulah ingat bahawa kedudukan istimewa sekolah ini pada hari ini adalah hasil daripada sumbangan dan dayausaha bekas Lembaga-Lembaga Sekolah, Guru-guru Besar, guru-guru dan penuntut-penuntut. Mereka ini telah membena suatu tradisi yang amat kukuh yang dapat dibanggakan oleh sesebuah sekolah. Walaubagaimanapun, semua anggota sekolah ini tidak haruslah berpuas hati dengan kejayaan yang tercapai setakat ini, akan tetapi mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan sekolah ini sebuah sekolah yang lebih baik dan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.

Saya menyeru semua pihak yang berkenaan di sekolah ini supaya berganding bahu dalam usaha-usaha memajukan sekolah ini, oleh kerana untuk membolehkan sesuatu institusi bergerak majum mustahaklah ada kerjasama dan saling membantu daripada berbagai-bagai sumber.

Saya difahamkan bahawa suatu program yang sungguh meriah telahpun dirancangkan bagi merayakan ulangtahun ke 150 ini, termasuk pertunjukan pentas, pamiran, hari ucapan dan suatu majlis makan malam bagi bekas penuntut sekolah ini dan saya suka mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang berkenaan yang telah bertungkuslumus untuk menjadikan perayaan istimewa ini, suatu peristiwa yang akan dikenang-kenangkan buat selama-lamanya.

Buat mengakhirnya, saya mengambil peluang ini sekali lagi untuk mengucapkan “Selamat Ulangtahun Ke 150” dan selamat maju jaya pada tahun-tahun yang akan datang.

Encik Ong Poh Kee, Bekas Pengarah Pelajaran Melaka.

23hb. April, 1976.

Converting Hard Copy to Soft Copy: Page 8 Optimist 1976

This entry was posted in 150th, Optimist, Sekolah Tinggi Melaka and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s