Kata-Kata Aluan Ketua Pengarah Pelajaran Untuk 150 Tahun Sekolah Tinggi

Saya mengucapkan ribuan kasih kepada Tuan Pengetua dan Sidang Pengarang Buku Cenderamata Perayaan Yang Ke 150 Sekolah Tinggi Melaka kerana memberi peluang kepada saya menyampaikan sepatah dua kata dalam Buku Cenderamata ini.

Sekolah Tinggi Melaka ini adalah merupakan salah sebuah sekolah yang tertua dan terbesar di Negeri Melaka khususnya dan di negara kita amnya. Sejak sekolah ini ditubuhkan lebih kurang 150 tahun yang lalu, ianya telah mengalami kemajuan, perkembangan dan pembaharuan dari setahun ke setahun. Ini jelas terbukti jika dilihat dari segi pertambahan bilangan pelajar-pelajarnya, peringkat-peringkat pembinaan bangunan-bangunan tambahan, perkembangan lapangan pelajaran dan juga unsur-unsur lain yang boleh dilihat dipersekitaran kawasan sekolah ini khususnya sebuah padang permainan yang baru dan luas. Pelajar-pelajar sekian patut berbangga dengan kemajuan dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini.

Sebagai salah sebuah sekolah yang tertua di negara kit, adalah menjadi pengetahuan umum bahawa sekolah ini memang sudah terkenal dengan tradisinya yang harum samada dalam akademik mahupun dalam lapangan permainan khususnya permainan hoki. Jaguh-jaguh terkenal peringkat negeri dan kebangsaan lahir dari sekolah ini. Di samping itu tidaklah dapat dinafikan bahawa sekolah ini juga telah melahirkan cendikiawan-cendikiawan terkenal yang dapat berkhidmat dengan kerajaan kita dan membantu dalam tugas-tugas pembangunan negara. Adalah diharapkan agar kemunculan mereka itu akan menjadi perangsang kepada pelajar-pelajar sekelian untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Dengan adanya berbagai-bagai kemudahan di Sekolah Tinggi Melaka ini, saya ingin menyeru pelajar-pelajar sekelian agar mengambil peluang dengan sepenuhnya mencari ilmu pengetahuan. Saya yakin pihak pendidik akan terus memberikan khidmat masing-masing dengan jujur dan ikhlas serta dedikasi yang tidak berbelah bagi untuk membimbing belia-belia kita.

Akhirkata, saya tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak pengelola perayaan ini dan berharap agar Perayaan Ulangtahun yang ke 150 Sekolah Tinggi Melaka ini akan memperolehi kejayaan dan mendapat sambutan yang meriah dari seluruh penduduk Bandar Melaka.

Dato’ Haji Murad Bin Mohd. Noor

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

1976

Converting Hard Copy to Soft Copy: Page 7 Optimist 1976

This entry was posted in 150th, Optimist, Sekolah Tinggi Melaka and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s